Post ini diambil daripada Labanon.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin sudah ramai yang tahu dan mungkin juga masih ada yang tak tahu.
Apa-apapun saya ingin berkongsi tentang pendapatan saya agar menjadi
sumber motivasi kepada anda semua subscriber Majalah IM. Saya berumur
17 tahun dan kini menunggu result SPM (ketika menulis newsletter ini).
Saya mula meminati perniagaan Internet ketika berumur 15 thn dan ketika
itu saya baru sahaja selesai membaca buku Team SaifulSham. Saya bermula
dengan hanya mendapat info daripada blog-blog IM lain dan saya amat
berterima kasih kepada mereka. Ya, saya tidak pernah hadir dalam
mana-mana seminar! Namun, saya berharap dapat menghadirkan diri
di mana-mana seminar tempatan kelak.
Mendapat pendapatan RM10 ribu ketika usia 17 tahun merupakan kenangan
manis kepada saya. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah bukanlah
semata-mata pendaptan saya RM10 ribu tetapi lebih kepada jarak masa yang
saya ambil untuk mencapai tahap ini. Saya memerlukan masa selama 2
tahun untuk menuntut ilmu tentang perniagaan Internet dan ini bukanlah
masa yang singkat.
Tip yang saya hanya boleh kongsikan dengan anda ialah saya baca dan
praktikkan. Ya, inilah petuanya! Saya tahu anda telah membaca
berpuluh-puluh ebook, menghadiri seminar, teleseminar dan sebagainya.
Namun, semuanya hanyalah sia-sia kerana anda tidak bertindak. Bila lagi
anda hendak bertindak jika bukan sekarang? Anda telah membaca Majalah
IM dan anda mendapat banyak ilmu daripadanya, apakata anda praktikkan
segera ilmu tersebut agar minda anda tidak overload dengan ilmu-ilmu
yang akhirnya akan memakan diri.
Antara pendapatan yang saya perolehi daripada Internet ialah:
1) Menjual ebook (tipadsense.com)
2) Khidmat design (rapidfirestudio.com)
3) Jualan batik (galeribatik.com)
4) Adsense
5) Copywriting
6) Affiliate
Kesemua di atas memberikan pulangan lumayan kepada saya. Anda bila lagi?
Cerita saya di blog LiewCF.com: http://www.liewcf.com/blog
SALAH SATU Bukti saya mendapat RM10 ribu: http://youngim.net/make-money
Jika saya berumur 17 tahun dapat lakukanya... anda bila lagi? Ayuh...
mulakan sekarang! Sebelum terlupa... saya ingin memaklumkan bahawa saya
akan mengeluarkan ebook yang menggabungkan 2 elemen yang berbeza iaitu
buat duit melalui Internet dan motivasi. Yang pasti anda perlu melabur
sedikit untuk mendapatkan ebook tersebut. Tak rugi :)
Sekian. Jumpa lagi.
Labanon,
The Youngest Malaysian Internet Entrepreneur,
http://MajalahIM.com
http://flarebiz.com
Mesti anda kagum kan, jadi kalau anda ingin berjaya seperti Labanon tingkatkan usaha anda.. :P
Monday, March 3, 2008
Bagaimana seorang budak sekolah buat duit RM 10 ribu pada bulan Januari?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment