$<< Networkbiz >>$->Duit Online: February 2008

Thursday, February 28, 2008

Kisah Budak Belasan Tahun Berjaya dalam AdSense (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah saya ingin berkongsi 2 buah cerita kejayaan remaja belasan
tahun dalam program Google AdSense. Anda mungkin tahu apa itu Google AdSense bukan?

Baiklah di bawah ialah kisah 1:

seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan
saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan
merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan
$3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.

Beliau mendapata pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006
sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatan
beliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatan
yang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company di
sana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!

Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah "Patience + Passion
= Lots of Money". Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah
7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dan
anda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.

Saya tau nak buat duit daripada adsense memerlukan masa yang
lama untuk memahami teknik-teknik yang betul dan berkesan. Jadi
kesabaran adalah penting untuk berjaya dalam Adsense. Hehe saya
berharap post kali ini juga dapat menaikkan semangat anda untuk
terus membuat duit melalui Internet.

nantikan post bahagian 2 pulak ye... :)

Tuesday, February 26, 2008

Bagaimana Ingin Memulakan Perniagaan Internet Part 2

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca... Ini merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca post sebelum ini dahulu sebelum membaca post saya hari ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target market anda?

Yer betul... saya tahu target market anda ialah pengguna Internet.Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akanlebih berkesan. Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan. (Oh! Adakah anda betul-betul ingin membuat video cara menukar tiub? Tidak itu idea saya!)

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh?

Beliau merupakan salah seorangIM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR).Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

Akhir sekali bagaimana anda ingin bermula?

Pada pendapat saya anda perlu cari niche anda tersendiri dan FOKUS dalam niche anda. Jika anda ingin bergiat dalam adsense... tumpukan sepenuh perhatian anda dalam adsense dan jika sudah berpuas hatibarulah beralih kebidang-bidang yang lain. Kuasa fokus ini bukan hanya perlu dalam perniagaan Internet malah dalam perniagaan online sekalipun kita memerlukan FOKUS supaya betul-betul berjaya.Sudah ramai yang saya dengar rintihan para newbie.. cuba buat adsense... tapi sampai sekerat jalan mahu tukar bidang pulak. Tak tengok lagiberjaya atau tidak. Tapi jika anda dah cuba sedaya upaya(bukan sekerat jalan yer) dalam sesuatu niche namun tidak berjaya.. sila tukar niche anda dengan segera kerana niche tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda.

Mat Biz kata "Seorang yang pahlawan yang hebat tahu bila masanya untuk meletakkan pedang" (maksudnya seseorang yang ingin berjaya perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk berundur)

Baiklah saya sediakan step ringkas apa yang perlu anda lakukan untukbermula dalam ebiz:

1) Beli domain + hosting

2) Buat web/blog anda

3) Promosi

4) Dapat duit anda sekarang! ;)


Tidak salah untuk anda target mendapat pendapatan melalui Internet sebanyak RM1 juta. Tidak salah namun sebelum anda buat target begitu baiklah saya cadangkan anda buat dulu matlamat untuk short term biardapat RM1 dulu daripada internet. Selepas dapat RM1 buat target baru iaitu RM10 dan seterusnya begitulah sampai anda dapat mencapai RM1 juta.

Sampai sini utk bab perniagaan internet, dan nantikan post sy yg terbaru mengenai Tip Adsense.

Sekian

Sekiranya anda berminat dengan tips yang saya bagi ini diharap anda subscribe blog ini supaya anda tidak ketinggalan dengan post yg saya akan update nanti ye... (^_^)


Sunday, February 24, 2008

Kisah kejayaan Perniagaan Internet (Internet Entrepreneur)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf semalam tak dpt nak update blog sbb ada masalah teknikal ckit...

ok la hari ini apa yg sy nak ceritakan ialah mengenai kisah kejayaan Perniagaan Internet(Internet Entrepreneur). Kisah2 inilah yg membuatkan sy teruja dan ingin teruskan niat sy utk menjadi salah seorang daripada mereka ini.

Perniagaan internet kini tidak lagi mustahil dalam melahirkan jutawan-jutawan dan bakal-bakal jutawan pada masa hadapan!. Buktinya sudah cukup untuk kita mengakui kehebatan perniagaan internet ini (jika anda tahu caranya!). Antara jutawan internet yang terkenal ialah :

a. Dr. Irfan Khairi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di United Kingdom. Beliau memulakan perniagaan internet secara sambilan pada tahun 1999. Salah satu daripada perniagaannya mendapat untung bersih sebanyak RM1,000,000 dengan bermodalkan RM500 dalam tempoh 3 tahun beroperasi sewaktu umurnya baru 25 tahun! Beliau adalah anak Malaysia!

b. Sen Ze juga anak Malaysia telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM1.36 juta! dari eBook yang dijualnya dalam bentuk Microsoft Word. Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan menjual eBooknya dengan harga RM367 (USD97)!.

c. Patric Chan yang juga anak Malaysia telah menceburkan diri dalam perniagaan internet. Beliau telah menjual eBook dengan harga RM178.60(USD47) kepada seluruh negara. eBook beliau mendapat sambutan diluar jangkaan!

d. Yusuf Othman telah mengarang eBook dalam format Microsoft Word mengenai cara memasang komponen komputer. Beliau menjualnya dengan harga USD40. eBook beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari USA, UK, India, Australia dan lain-lain negara lagi!

Keempat-empat kisah diatas merupakan kejayaan anak Malaysia di dalam perniagaan internet. Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda menjadi sebahagian daripada mereka. Mungkin anda akan menjadi jutawan siber yang baru!

Jadi jikalau anda betul-betul berminat untuk menjadi salah seorang daripada mereka apa lagi mulakan dan tanam azam yg kukuh.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa...kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba..saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut.

Bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan perniagaan Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu diri anda adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook berkenaan perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri seminar?(saya sendiri belum pernah menghadiri mana-mana seminar haha) dan pelbagai jenis soalan lagi anda perlu tanya diri anda. Jika nampak sudah ok maka mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam sesetengah orang yang sudah membaca berpuluh-puluh ebook tetapi masih lagi tidak mengambil langkah
pertama. "Just Do It"

Bak kata Mat Biz:

"Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pertama"

Nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan mencorakkan kewangan peribadi anda nanti ;) Ramai orang yang pening nak berniaga apa di Internet ni... Nak berniaga apa yer? Kaftan Team FlareBiz dah buat...Nak jual tudung orang dah buat... apa yer orang masih tak buat? Jika itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat dengan persaingan sihat ni? Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga? Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak perlu betentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap mengeluarkan ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook adsense dah berlambak
kat Internet.

Mat Biz kata "Ramai orang yang mempunyai banyak idea yang hebat tanpa tetapi tidak bertindak dan ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus dan tindakan yang sepatutnya anda tidak akan berjaya" (Pergh! Mat Biz nak jadi orang falsafah ni)

Idea... Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan cari apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah saya bagi anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk tersebut secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk hosting + domain. Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda jual minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal,motor dan sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh buat blog untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar tiub tersebut dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak langsung anda boleh mendapatkan duit daripada program Google AdSense. Cara lain ialah anda mungkin boleh buat video menukar tiub tersebut dan jual video tersebut melalui Internet! Jaga pemasaran Insyallah laku macam goreng pisang panas!


jadi langkah permulaan bg anda yg mahu ceburi bidang ini ialah ikut langkah2 yg sy bagi tadi dan kaji perniagaan apa yg anda ingin buat dan seronok untuk melakukannya...ok

Sesiapa berminat bolehlah Subscribe blog ini k (^_^)


Friday, February 22, 2008

Pengenalan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama sy Mohd Saiful Khairuddin bin Azahar berasal dari Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Takir. Umur sy skrg 23 tahun dan masih belajar di Universiti Malaysia Perlis(UNIMAP), skrg tahun akhir sy utk menghabiskan degree yg sy amik iaitu Ijazah Kejuruteraan Metalurgi(Logam).

Ok la cukup utk pengenalan diri dan skrg sy nak cerita pasal perniagaan internet yang sy ceburi selama ini...tak la berapa lama pun adlh dlm 2 thn.hehe

Sy ceburi perniagaan internet ini disebabkan oleh minat mendalam dlm bidang perniagaan tak kira la perniagaan ape pun asalkan ianya halal...sy lihat perniagaan internet merupakan salah satu cara utk memperkembangkan sayap perniagaan kerana mengikut jumlah penggunaan internet skrg ini.





Statistik tahun 2007 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:

Pengguna Internet di dunia pada Disember 2007 adalah 1,319,872,109 pengguna mengikut Internet World Stats.

  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 14,904,000 pengguna pada Disember 2007. Jumlah ini adalah 60% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 302.8%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 510,478,743 pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (348,125,847 pengguna) dan Amerika Syarikat (364,219,243 pengguna) pada Disember 2007.

Tunggu apa lagi? Mulakan langkah pertama anda untuk kejayaan untuk bisnes di internet! (",)

Kenapa sy memilih perniagaan internet ini....ade beberapa kelebihan antaranya ialah:

1)Kos murah
2)Perniagaan sepanjang masa
3)Kurang risiko
4)Bekerja hanya dari bilik tidur
5)Pelanggan dari seluruh dunia
6)Tidak perlu menyewa pejabat

dan byk lg yg sy tak senaraikan di sini.

ok lah setakat ini dulu buat hari ini...esok ade byk lg yg akan sy kongsi bersama anda...



sekian...wassalam (~_^)