$<< Networkbiz >>$->Duit Online: Buat Duit Dengan BlogPayz.com

Tuesday, March 18, 2008

Buat Duit Dengan BlogPayz.com

Mungkin ramai yang telah mengetahui serba serbi tentang BlogPayz.com. Ia merupakan satu servis untuk menjana 'income' secara online dan juga tempat yang sesuai untuk anda mengiklankan sesuatu.

BlogPayz.com telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 195 professional bloggers yang rata-rata mempunyai PR dari 0-7 (setakat 8:30pm 18 Mac). Jadi, ia merupakan satu medium yang berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk kerana ia akan terus diiklankan ke 'targeted market' anda.

BlogPayz juga merupakan sumber buat duit secara online kerana, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada professional bloggers tersebut untuk mengiklankan produk dalam website anda. Anda hanya perlu register di BlogPayz.com, setelah diterima, anda akan diberikan 'assignment' untuk dilakukan oleh BlogPayz administrators.

Assignment ini lebih kepada kehendak pengiklan yang ingin mengiklankan sesuatu dalam blog anda. Anda mempunyai hak untuk menerima atau menolak sesuatu assignment.

Bagaimana Jika Tiada Blog?

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu blog. Ini kerana, anda perlu menggunakan blog sebagai medium untuk mengiklankan produk advertiser yang mengupah anda. Jangan risau, anda tidak perlu domain atau hosting, BlogPayz menerima blogging platform yang percuma seperti:

Wordpress
Blogger


Berapakah Bayaran yang akan Diterima?

Blog anda akan di 'ukur' kualitinya oleh BlogPayz sistem. Perkara yang akan menentukan jumlah bayaran yang akan anda terima adalah "jenis tugasan" dan tugasan apa yang anda layak. BlogPayz advertiser akan menggunakan 'inbuilt automated pricing matrix system' untuk menentukan berapa bayaran yang akan anda terima berdasarkan faktor diatas.

Pembayaran juga akan dibuat hanya melalui paypal. Buat masa ini, pihak BlogPayz tidak menggunakan 'checks' dan beberapa method pembayaran yang lain.

Pernah menggunakan BlogPayz? Kongsikan pengalaman anda!

No comments: