$<< Networkbiz >>$->Duit Online: 2008

Friday, May 9, 2008

Senarai 30 blogger termuda di dunia...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Disini saya saja ingin memberikan sedikit semangat kepada anda dengan menyenaraikan 30 blogger termuda di dunia yang mana mereka semua ni telah berjaya membuat duit dengan hanya menulis blog :D ....

senarai yg saya akan paparkan ini adalah mengikut ranking...


Rank

Name

Website

Age

1

Carl Ocab http://www.carlocab.com

14

2

Thilak Raj Rao http://tech-buzz.net

18

3

Paul Bourque http://www.uberaffiliate.com

19

4

David Wilkinson http://www.techzi.net

13

5

Jason Pereira http://www.theuniversitykid.com

17

6

Jon Wheatley http://www.j0n.org

20

7

Ahson Rafiq http://www.blueverse.com/

18

8

Sly Blanco http://slyvisions.com/

16

9

Marko Dimitrovski http://buckserv.com/

13

10

Nick Sullivan http://internetbabel.com/

17

11

Eli Burford http://www.photoshopstar.com

17

12

Collin LaHay http://mixedmarketarts.com

18

13

Pranav Rastogi http://www.diggitlive.com

13

14

Shannon Lilly http://www.infectedbybugs.com/

19

15

Maher Saleh http://www.moneymakerboy.com/

12

16

Thomas Sinfield http://www.thomassinfield.com/

17

17

Wayne Liew http://www.wayneliew.com

18

18

Adly bin Mukhtar http://youngim.net/

17

19

Chloe Spencer http://www.neopetsfanatic.com/

16

20

Sean http://www.seantheblogger.com/

15

21

James McDonald http://www.eatfruitplease.com

18

22

Josh Buckley http://www.joshbuckley.net/

16

23

Jim Regan http://www.thenetfool.com/

18

24

Gareth Boyd http://www.justgareth.com

15

25

Shane Hudson http://lonelydesigns.com/

14

26

Jessica Maha http://jessicamah.com/blog/

17

27

Glenn Wolsey http://www.glennwolsey.com/

15

28

Connor Wilson http://www.connorwilson.com/

16

29

James Owers http://jamesowers.co.uk

19

30

Li http://www.dropinonme.com

17


Jadi apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita buat blog macam mereka ni... (^_^)

Kepada mereka yg baru nak belajar cara-cara memblog saya syorkan anda membeli ebook ini iaitu panduan asas membina blog.




Technorati Tags: Blogger, Blogger Termuda, Top Blogger, Blogging

Wednesday, April 30, 2008

Percuma ebook Clickbank



Download Ebook ClickBank


Tuesday, April 29, 2008

Berita Hangat: ClickBank Sudah Dibuka Untuk Rakyat Malaysia!

Sedikit update untuk blog buat ini.

Semalam, selepas lama tak aktif, saya aktifkan diri dalam forum wangcyber dan terkejut bila tengok tajuk thread "Clickbank dah terima pendaftaran dari Malaysia?". Berdebar jugak mula-mula bila tgk tajuk thread tu, sebab memang dah lama saya tunggukan peluang ni.

Bertambah lagi peluang buat duit untuk kita semua IM dari Malaysia.

ClickBank ni dah lama jadi sumber pendapatan online untuk IM luar negara, macam Tim Godfrey dan lain-lain. Banyak juga eBook-eBook yang saya baca berkenaan ClickBank ni, tapi tak pernah pun nak cuba sebab sebelum ni warga Malaysia tak dibenarkan untuk jadi sebahagian daripada warga ClickBank.

Insya'Allah lepas ni saya akan 'post'kan kat sini perkembangan akaun ClickBank saya dan teknik-teknik yang akan saya gunakan dalam menjana pendapatan melalui ClickBank.

Jadi, jangan lupa melanggan untuk mengetahui update-update terbaru dari blog buat duit ini!

Register akaun clickbank dan buat duit sekarang!

Wednesday, April 23, 2008

Majalah IM

Majalah IM #1

DOWNLOAD HERE

Majalah IM #2

DOWNLOAD HERE

Majalah IM #3

DOWNLOAD HERE


Friday, April 4, 2008

Adakah Anda Mempunyai Blog Sendiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

adakah anda mempunyai blog di domain sendiri? Contohnya
seperti FlareBiz.com,IrfanKhairi.com dan sebagainya.

Jika ya, baguslah kerana anda sememangnya mengikuti arus perdana.

Namun jika jawapan anda tidak, anda perlu memberi perhatian terhadap
emel ini. Tahukah anda bahawa blog kini menjadi satu perkara wajib
bagi semua pengguna Internet tegar didunia ini. Blog juga sekarang
sudah bukan hanya menjadi tempat menulis perkara peribadi sebaliknya
menjadi medium perkongsian pendapat tanpa sempadan.

Lihat bagaimana PRU ke 12 di negara kita yang memberi kesan tersendiri
akibat pengaruh blogger. Jadi, jika anda masih tidak mempunyai blog
ia adalah satu perkara yang amat merugikan kerana blog memberi kita
banyak faedah.

Antaranya, blog juga bertindak sebagai sumber kewangan kita. Kenapa
tak percaya ker?

Masyarakat eropah menganggap blogging ini adalah satu business. Menarik
bukan? Contoh terdekat iaitu seorang pro blogger daripada Malaysia
iaitu Liew CF mendapat pendapatan 5 angka sebulan hanya daripada blog
beliau iaitu LiewCF.com

Saya tahu anda semua minat untuk membina blog bukan?

Cuma masalahnya anda tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membina blog kan?
Jangan risau sebenarnya untuk membina blog anda hanya memerlukan masa
lebih kurang dalam 10 minit sahaja. Ya, untuk membina blog amat mudah
jika anda membaca panduan ini http://pakejblog.com kerana pekej itu
terlampau lengkap dan saya pasti setelah anda mendapatkan pakej tersebut
anda MAMPU MEMILIKI BLOG SENDIRI!

Baiklah saya kini membuat tawaran bagi 20 orang terawal yang masih
belum memiliki blog!

Jika anda masih belum memiliki blog sila dapatkan segera http://pakejblog.com
dengan harga diskaun untuk 20 orang pertama. Saya memberi jaminan dengan
membaca panduan tersebut anda PASTI mampu membina blog sendiri.

Dapatkan segera http://pakejblog.com sebelum saya naikkan harga. Selepas
20 orang membeli, saya akan naikkan harga tanpa kompromi! Bonus yang
ditawarkan jika anda membeli panduan tersebut adalah bernilai ratusan usd!

Bayangkan dengan panduan ini anda akan memperolehi:

Panduan dalam PDF + video tutorial = Anda akan lebih faham!

Baiklah untuk keterangan lanjut sila layari http://pakejblog.com

Saya harap anda dapat merebut peluang keemasan ini dan 20 orang pertama
akan mendapat harga istimewa.

Sekian...

Thursday, March 27, 2008

Jom Belajar Page Rank

Baru-baru ini, saya menjumpai satu blog post yang 'lengkap' tentang Google PageRank. Persoalan-persoalan seperti:

  1. Apa maksud PR?
  2. Kenapa PR saya jatuh mendadak?
  3. Bagaimana Google menentukan PR?
  4. Bilakah masa PR di'update'?
  5. Kenapa PR saya tak naik-naik?
  6. Adakah PageRank untuk SEO?
Kebanyakannya dijawab dalam website tersebut. Jadi, jangan tunggu lagi, jom kita Belajar PageRank

Tuesday, March 18, 2008

Buat Duit Dengan BlogPayz.com

Mungkin ramai yang telah mengetahui serba serbi tentang BlogPayz.com. Ia merupakan satu servis untuk menjana 'income' secara online dan juga tempat yang sesuai untuk anda mengiklankan sesuatu.

BlogPayz.com telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 195 professional bloggers yang rata-rata mempunyai PR dari 0-7 (setakat 8:30pm 18 Mac). Jadi, ia merupakan satu medium yang berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk kerana ia akan terus diiklankan ke 'targeted market' anda.

BlogPayz juga merupakan sumber buat duit secara online kerana, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada professional bloggers tersebut untuk mengiklankan produk dalam website anda. Anda hanya perlu register di BlogPayz.com, setelah diterima, anda akan diberikan 'assignment' untuk dilakukan oleh BlogPayz administrators.

Assignment ini lebih kepada kehendak pengiklan yang ingin mengiklankan sesuatu dalam blog anda. Anda mempunyai hak untuk menerima atau menolak sesuatu assignment.

Bagaimana Jika Tiada Blog?

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu blog. Ini kerana, anda perlu menggunakan blog sebagai medium untuk mengiklankan produk advertiser yang mengupah anda. Jangan risau, anda tidak perlu domain atau hosting, BlogPayz menerima blogging platform yang percuma seperti:

Wordpress
Blogger


Berapakah Bayaran yang akan Diterima?

Blog anda akan di 'ukur' kualitinya oleh BlogPayz sistem. Perkara yang akan menentukan jumlah bayaran yang akan anda terima adalah "jenis tugasan" dan tugasan apa yang anda layak. BlogPayz advertiser akan menggunakan 'inbuilt automated pricing matrix system' untuk menentukan berapa bayaran yang akan anda terima berdasarkan faktor diatas.

Pembayaran juga akan dibuat hanya melalui paypal. Buat masa ini, pihak BlogPayz tidak menggunakan 'checks' dan beberapa method pembayaran yang lain.

Pernah menggunakan BlogPayz? Kongsikan pengalaman anda!

Wednesday, March 12, 2008

Satu Lagi Peluang Buat Duit Di Internet Oleh Osman Affan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah Pilhan Raya Umum ke 12 sudah berakhir dan kita melihat
negara kita mengalami beberapa perubahan. Perubahan ini diharap mampu
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang benar-benar Cemerlang,Gemilang
dan Terbilang. Baiklah kita lupakan seketika tentan PRU12.

Kelmarin pakar motivasi terkenal tanah air iaitu Osman Affan yang juga
penulis Majalah IM menghantar email kepada saya tentang program affiliate
yang baru disiapkan oleh beliau. Ini merupakan affiliate yang menawarkan
komisyen yang agak tinggi iaitu RM20 bagi satu kepala yang menyertai
kursus beliau. Saya fikir sejenak... wah tinggi tu komisyen.. satu lagi
peluang buat duit di Internet.

Jadi saya fikir ingin memberitahu anda sebagai subscriber Majalah IM
tentang peluang buat duit ini. Anda boleh menjana pendapatan melalui
Internet dengan beberapa cara mudah seperti dibawah:

1) Anda daftar sebagai agen affiliate di sini: http://www.smartstudy.com.my/aff/affsignup.php

2) Anda akan diberikan link untuk mempromosi kursus beliau.

3) Lakukan promosi anda di blog,forum dan sebagainya.( Ingat Jangan
Lakukan SPAM! )

4) Jika ada yang berdaftar melalui link affiliate anda... maka tunggulah
komisyen akan masuk ke akaun bank anda :)

Mudah bukan?

Jadi tunggu apa lagi... sertai sekarang program affiliate Smart Study
oleh pakar Motivasi iaitu Osman Affan. Untuk menyertai klik link ini http://www.smartstudy.com.my /aff/affsignup.php

Kursus yang ditawarkan beliau ini bukanlah calang-calang kursus dan
sudah tentu anda akan agak mudah untuk mendapat pelanggan berdaftar
melalui link affiliate anda. Cuba lihat apakah yang mereka kata tentang
kursus yang dijalankan oleh pakar motivasi kita:


"Kemahiran Belajar adalah sememangnya bidang Osman kerana beliau juga
dahulu seorang pelajar yang sangat cemerlang. Tetapi yang lebih penting
ialah, kebolehan beliau untuk mengajar dan memotivasikan pelajar di
dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan adalah sangat mengkagumkan!

Pelajar dapat memahami beliau dengan mudah dan sesi beliau sentiasa
menyeronokkan, penuh dengan maklumat berguna dan disampaikan dengan
cara yang sangat unik! Saya sangat mengesyorkan beliau. "

Irfan Khairi,
Jutawan Perniagaan Internet.

So.. tunggu apa lagi? Join jer program affiliate saudara Osman Affan
ini secara PERCUMA! Klik di sini: http://www.smartstudy.com.my/aff/affsignup.php

Itulah sahaja yang saya dapat kongsikan bersama anda pada kali ini...
jumpa lagi dilain hari.

Sekian

Monday, March 3, 2008

Bagaimana seorang budak sekolah buat duit RM 10 ribu pada bulan Januari?

Post ini diambil daripada Labanon.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin sudah ramai yang tahu dan mungkin juga masih ada yang tak tahu.
Apa-apapun saya ingin berkongsi tentang pendapatan saya agar menjadi
sumber motivasi kepada anda semua subscriber Majalah IM. Saya berumur
17 tahun dan kini menunggu result SPM (ketika menulis newsletter ini).

Saya mula meminati perniagaan Internet ketika berumur 15 thn dan ketika
itu saya baru sahaja selesai membaca buku Team SaifulSham. Saya bermula
dengan hanya mendapat info daripada blog-blog IM lain dan saya amat
berterima kasih kepada mereka. Ya, saya tidak pernah hadir dalam
mana-mana seminar! Namun, saya berharap dapat menghadirkan diri
di mana-mana seminar tempatan kelak.

Mendapat pendapatan RM10 ribu ketika usia 17 tahun merupakan kenangan
manis kepada saya. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah bukanlah
semata-mata pendaptan saya RM10 ribu tetapi lebih kepada jarak masa yang
saya ambil untuk mencapai tahap ini. Saya memerlukan masa selama 2
tahun untuk menuntut ilmu tentang perniagaan Internet dan ini bukanlah
masa yang singkat.

Tip yang saya hanya boleh kongsikan dengan anda ialah saya baca dan
praktikkan. Ya, inilah petuanya! Saya tahu anda telah membaca
berpuluh-puluh ebook, menghadiri seminar, teleseminar dan sebagainya.
Namun, semuanya hanyalah sia-sia kerana anda tidak bertindak. Bila lagi

anda hendak bertindak jika bukan sekarang? Anda telah membaca Majalah
IM dan anda mendapat banyak ilmu daripadanya, apakata anda praktikkan
segera ilmu tersebut agar minda anda tidak overload dengan ilmu-ilmu
yang akhirnya akan memakan diri.

Antara pendapatan yang saya perolehi daripada Internet ialah:

1) Menjual ebook (tipadsense.com)
2) Khidmat design (rapidfirestudio.com)
3) Jualan batik (galeribatik.com)
4) Adsense
5) Copywriting
6) Affiliate

Kesemua di atas memberikan pulangan lumayan kepada saya. Anda bila lagi?

Cerita saya di blog LiewCF.com: http://www.liewcf.com/blog/archives/2008/01/17-year-old-malaysian-boy-made-rm10000-in-a-month/

SALAH SATU Bukti saya mendapat RM10 ribu: http://youngim.net/make-money-online/i-earn-more-than-rm10k-this-month.html

Jika saya berumur 17 tahun dapat lakukanya... anda bila lagi? Ayuh...
mulakan sekarang! Sebelum terlupa... saya ingin memaklumkan bahawa saya
akan mengeluarkan ebook yang menggabungkan 2 elemen yang berbeza iaitu
buat duit melalui Internet dan motivasi. Yang pasti anda perlu melabur
sedikit untuk mendapatkan ebook tersebut. Tak rugi :)

Sekian. Jumpa lagi.

Labanon,
The Youngest Malaysian Internet Entrepreneur,
http://MajalahIM.com
http://flarebiz.com


Mesti anda kagum kan, jadi kalau anda ingin berjaya seperti Labanon tingkatkan usaha anda.. :P

Sunday, March 2, 2008

Kisah Budak Belasan Tahun Berjaya dalam AdSense (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah ini merupakan sambungan kisah penggiat adsense yang berjaya.
Namun kisah kali ini akan lebih menarik kerana budak ini berjaya
membuat $70,000 sebulan!

Baca kisah beliau:

Beliau berumur 17thn tapi pendapatan $70 ribu($ yer bukan RM) sebulan.
Beliau bernama Ashley Qualls yang menjana pendapatan $70,000 setiap
bulan daripada Internet. Tengok ini bukti sekali lagi bahawa Internet
memang boleh buat duit!


Beliau membina laman web yang menyediakan myspace layout untuk
digunakan oleh para remaja yang ingin myspace profile mereka kelihatan
cantik. Income utama beliau adalah daripada Google AdSense dan mendapat
cek pertama bernilai $2,790! Seterusnya beliau juga menolak tawaran
beberapa pihak yang ingin membeli website mereka dengan harga $1.5 million!

Nampaknya beliau kini merupakan jutawan dalam umur belasan tahun.
Baiklah namun kita perlu ingat dalam mengejar dunia kita perlu melihat
orang yang bawah pada kita namun jika kita mengejarkan ibadat kita
perlu lihat orang yang jauh lebih alim daripada kita. Sebagai orang
Islam kita perlu yakin yang dunia ini hanya sementara dan hanyalah
sekadar persinggahan.

Hehe nampaknya saya perlu bekerja keras lagi dan biarlah
sekurang-kurangnya mampu memperoleh RM70k sebulan nanti!

Thursday, February 28, 2008

Kisah Budak Belasan Tahun Berjaya dalam AdSense (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah saya ingin berkongsi 2 buah cerita kejayaan remaja belasan
tahun dalam program Google AdSense. Anda mungkin tahu apa itu Google AdSense bukan?

Baiklah di bawah ialah kisah 1:

seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan
saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan
merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan
$3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.

Beliau mendapata pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006
sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatan
beliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatan
yang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company di
sana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!

Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah "Patience + Passion
= Lots of Money". Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah
7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dan
anda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.

Saya tau nak buat duit daripada adsense memerlukan masa yang
lama untuk memahami teknik-teknik yang betul dan berkesan. Jadi
kesabaran adalah penting untuk berjaya dalam Adsense. Hehe saya
berharap post kali ini juga dapat menaikkan semangat anda untuk
terus membuat duit melalui Internet.

nantikan post bahagian 2 pulak ye... :)

Tuesday, February 26, 2008

Bagaimana Ingin Memulakan Perniagaan Internet Part 2

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca... Ini merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca post sebelum ini dahulu sebelum membaca post saya hari ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target market anda?

Yer betul... saya tahu target market anda ialah pengguna Internet.Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akanlebih berkesan. Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan. (Oh! Adakah anda betul-betul ingin membuat video cara menukar tiub? Tidak itu idea saya!)

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh?

Beliau merupakan salah seorangIM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR).Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

Akhir sekali bagaimana anda ingin bermula?

Pada pendapat saya anda perlu cari niche anda tersendiri dan FOKUS dalam niche anda. Jika anda ingin bergiat dalam adsense... tumpukan sepenuh perhatian anda dalam adsense dan jika sudah berpuas hatibarulah beralih kebidang-bidang yang lain. Kuasa fokus ini bukan hanya perlu dalam perniagaan Internet malah dalam perniagaan online sekalipun kita memerlukan FOKUS supaya betul-betul berjaya.Sudah ramai yang saya dengar rintihan para newbie.. cuba buat adsense... tapi sampai sekerat jalan mahu tukar bidang pulak. Tak tengok lagiberjaya atau tidak. Tapi jika anda dah cuba sedaya upaya(bukan sekerat jalan yer) dalam sesuatu niche namun tidak berjaya.. sila tukar niche anda dengan segera kerana niche tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda.

Mat Biz kata "Seorang yang pahlawan yang hebat tahu bila masanya untuk meletakkan pedang" (maksudnya seseorang yang ingin berjaya perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk berundur)

Baiklah saya sediakan step ringkas apa yang perlu anda lakukan untukbermula dalam ebiz:

1) Beli domain + hosting

2) Buat web/blog anda

3) Promosi

4) Dapat duit anda sekarang! ;)


Tidak salah untuk anda target mendapat pendapatan melalui Internet sebanyak RM1 juta. Tidak salah namun sebelum anda buat target begitu baiklah saya cadangkan anda buat dulu matlamat untuk short term biardapat RM1 dulu daripada internet. Selepas dapat RM1 buat target baru iaitu RM10 dan seterusnya begitulah sampai anda dapat mencapai RM1 juta.

Sampai sini utk bab perniagaan internet, dan nantikan post sy yg terbaru mengenai Tip Adsense.

Sekian

Sekiranya anda berminat dengan tips yang saya bagi ini diharap anda subscribe blog ini supaya anda tidak ketinggalan dengan post yg saya akan update nanti ye... (^_^)


Sunday, February 24, 2008

Kisah kejayaan Perniagaan Internet (Internet Entrepreneur)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf semalam tak dpt nak update blog sbb ada masalah teknikal ckit...

ok la hari ini apa yg sy nak ceritakan ialah mengenai kisah kejayaan Perniagaan Internet(Internet Entrepreneur). Kisah2 inilah yg membuatkan sy teruja dan ingin teruskan niat sy utk menjadi salah seorang daripada mereka ini.

Perniagaan internet kini tidak lagi mustahil dalam melahirkan jutawan-jutawan dan bakal-bakal jutawan pada masa hadapan!. Buktinya sudah cukup untuk kita mengakui kehebatan perniagaan internet ini (jika anda tahu caranya!). Antara jutawan internet yang terkenal ialah :

a. Dr. Irfan Khairi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di United Kingdom. Beliau memulakan perniagaan internet secara sambilan pada tahun 1999. Salah satu daripada perniagaannya mendapat untung bersih sebanyak RM1,000,000 dengan bermodalkan RM500 dalam tempoh 3 tahun beroperasi sewaktu umurnya baru 25 tahun! Beliau adalah anak Malaysia!

b. Sen Ze juga anak Malaysia telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM1.36 juta! dari eBook yang dijualnya dalam bentuk Microsoft Word. Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan menjual eBooknya dengan harga RM367 (USD97)!.

c. Patric Chan yang juga anak Malaysia telah menceburkan diri dalam perniagaan internet. Beliau telah menjual eBook dengan harga RM178.60(USD47) kepada seluruh negara. eBook beliau mendapat sambutan diluar jangkaan!

d. Yusuf Othman telah mengarang eBook dalam format Microsoft Word mengenai cara memasang komponen komputer. Beliau menjualnya dengan harga USD40. eBook beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari USA, UK, India, Australia dan lain-lain negara lagi!

Keempat-empat kisah diatas merupakan kejayaan anak Malaysia di dalam perniagaan internet. Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda menjadi sebahagian daripada mereka. Mungkin anda akan menjadi jutawan siber yang baru!

Jadi jikalau anda betul-betul berminat untuk menjadi salah seorang daripada mereka apa lagi mulakan dan tanam azam yg kukuh.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa...kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba..saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut.

Bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan perniagaan Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu diri anda adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook berkenaan perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri seminar?(saya sendiri belum pernah menghadiri mana-mana seminar haha) dan pelbagai jenis soalan lagi anda perlu tanya diri anda. Jika nampak sudah ok maka mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam sesetengah orang yang sudah membaca berpuluh-puluh ebook tetapi masih lagi tidak mengambil langkah
pertama. "Just Do It"

Bak kata Mat Biz:

"Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pertama"

Nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan mencorakkan kewangan peribadi anda nanti ;) Ramai orang yang pening nak berniaga apa di Internet ni... Nak berniaga apa yer? Kaftan Team FlareBiz dah buat...Nak jual tudung orang dah buat... apa yer orang masih tak buat? Jika itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat dengan persaingan sihat ni? Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga? Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak perlu betentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap mengeluarkan ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook adsense dah berlambak
kat Internet.

Mat Biz kata "Ramai orang yang mempunyai banyak idea yang hebat tanpa tetapi tidak bertindak dan ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus dan tindakan yang sepatutnya anda tidak akan berjaya" (Pergh! Mat Biz nak jadi orang falsafah ni)

Idea... Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan cari apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah saya bagi anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk tersebut secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk hosting + domain. Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda jual minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal,motor dan sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh buat blog untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar tiub tersebut dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak langsung anda boleh mendapatkan duit daripada program Google AdSense. Cara lain ialah anda mungkin boleh buat video menukar tiub tersebut dan jual video tersebut melalui Internet! Jaga pemasaran Insyallah laku macam goreng pisang panas!


jadi langkah permulaan bg anda yg mahu ceburi bidang ini ialah ikut langkah2 yg sy bagi tadi dan kaji perniagaan apa yg anda ingin buat dan seronok untuk melakukannya...ok

Sesiapa berminat bolehlah Subscribe blog ini k (^_^)


Friday, February 22, 2008

Pengenalan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama sy Mohd Saiful Khairuddin bin Azahar berasal dari Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Takir. Umur sy skrg 23 tahun dan masih belajar di Universiti Malaysia Perlis(UNIMAP), skrg tahun akhir sy utk menghabiskan degree yg sy amik iaitu Ijazah Kejuruteraan Metalurgi(Logam).

Ok la cukup utk pengenalan diri dan skrg sy nak cerita pasal perniagaan internet yang sy ceburi selama ini...tak la berapa lama pun adlh dlm 2 thn.hehe

Sy ceburi perniagaan internet ini disebabkan oleh minat mendalam dlm bidang perniagaan tak kira la perniagaan ape pun asalkan ianya halal...sy lihat perniagaan internet merupakan salah satu cara utk memperkembangkan sayap perniagaan kerana mengikut jumlah penggunaan internet skrg ini.





Statistik tahun 2007 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:

Pengguna Internet di dunia pada Disember 2007 adalah 1,319,872,109 pengguna mengikut Internet World Stats.

  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 14,904,000 pengguna pada Disember 2007. Jumlah ini adalah 60% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 302.8%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 510,478,743 pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (348,125,847 pengguna) dan Amerika Syarikat (364,219,243 pengguna) pada Disember 2007.

Tunggu apa lagi? Mulakan langkah pertama anda untuk kejayaan untuk bisnes di internet! (",)

Kenapa sy memilih perniagaan internet ini....ade beberapa kelebihan antaranya ialah:

1)Kos murah
2)Perniagaan sepanjang masa
3)Kurang risiko
4)Bekerja hanya dari bilik tidur
5)Pelanggan dari seluruh dunia
6)Tidak perlu menyewa pejabat

dan byk lg yg sy tak senaraikan di sini.

ok lah setakat ini dulu buat hari ini...esok ade byk lg yg akan sy kongsi bersama anda...



sekian...wassalam (~_^)