Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nama sy Mohd Saiful Khairuddin bin Azahar berasal dari Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Takir. Umur sy skrg 23 tahun dan masih belajar di Universiti Malaysia Perlis(UNIMAP), skrg tahun akhir sy utk menghabiskan degree yg sy amik iaitu Ijazah Kejuruteraan Metalurgi(Logam).
Ok la cukup utk pengenalan diri dan skrg sy nak cerita pasal perniagaan internet yang sy ceburi selama ini...tak la berapa lama pun adlh dlm 2 thn.hehe
Sy ceburi perniagaan internet ini disebabkan oleh minat mendalam dlm bidang perniagaan tak kira la perniagaan ape pun asalkan ianya halal...sy lihat perniagaan internet merupakan salah satu cara utk memperkembangkan sayap perniagaan kerana mengikut jumlah penggunaan internet skrg ini.

Statistik tahun 2007 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
- Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 14,904,000 pengguna pada Disember 2007. Jumlah ini adalah 60% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
- Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 302.8%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
- Internet World Stats mencatatkan terdapat 510,478,743 pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (348,125,847 pengguna) dan Amerika Syarikat (364,219,243 pengguna) pada Disember 2007.
Tunggu apa lagi? Mulakan langkah pertama anda untuk kejayaan untuk bisnes di internet! (",)
Kenapa sy memilih perniagaan internet ini....ade beberapa kelebihan antaranya ialah:
1)Kos murah
2)Perniagaan sepanjang masa
3)Kurang risiko
4)Bekerja hanya dari bilik tidur
5)Pelanggan dari seluruh dunia
6)Tidak perlu menyewa pejabat
dan byk lg yg sy tak senaraikan di sini.
ok lah setakat ini dulu buat hari ini...esok ade byk lg yg akan sy kongsi bersama anda...
sekian...wassalam (~_^)
No comments:
Post a Comment