$<< Networkbiz >>$->Duit Online: Kisah Budak Belasan Tahun Berjaya dalam AdSense (Bahagian 1)

Thursday, February 28, 2008

Kisah Budak Belasan Tahun Berjaya dalam AdSense (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah saya ingin berkongsi 2 buah cerita kejayaan remaja belasan
tahun dalam program Google AdSense. Anda mungkin tahu apa itu Google AdSense bukan?

Baiklah di bawah ialah kisah 1:

seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan
saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan
merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan
$3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.

Beliau mendapata pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006
sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatan
beliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatan
yang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company di
sana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!

Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah "Patience + Passion
= Lots of Money". Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah
7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dan
anda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.

Saya tau nak buat duit daripada adsense memerlukan masa yang
lama untuk memahami teknik-teknik yang betul dan berkesan. Jadi
kesabaran adalah penting untuk berjaya dalam Adsense. Hehe saya
berharap post kali ini juga dapat menaikkan semangat anda untuk
terus membuat duit melalui Internet.

nantikan post bahagian 2 pulak ye... :)

No comments: