$<< Networkbiz >>$->Duit Online: Kisah kejayaan Perniagaan Internet (Internet Entrepreneur)

Sunday, February 24, 2008

Kisah kejayaan Perniagaan Internet (Internet Entrepreneur)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf semalam tak dpt nak update blog sbb ada masalah teknikal ckit...

ok la hari ini apa yg sy nak ceritakan ialah mengenai kisah kejayaan Perniagaan Internet(Internet Entrepreneur). Kisah2 inilah yg membuatkan sy teruja dan ingin teruskan niat sy utk menjadi salah seorang daripada mereka ini.

Perniagaan internet kini tidak lagi mustahil dalam melahirkan jutawan-jutawan dan bakal-bakal jutawan pada masa hadapan!. Buktinya sudah cukup untuk kita mengakui kehebatan perniagaan internet ini (jika anda tahu caranya!). Antara jutawan internet yang terkenal ialah :

a. Dr. Irfan Khairi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di United Kingdom. Beliau memulakan perniagaan internet secara sambilan pada tahun 1999. Salah satu daripada perniagaannya mendapat untung bersih sebanyak RM1,000,000 dengan bermodalkan RM500 dalam tempoh 3 tahun beroperasi sewaktu umurnya baru 25 tahun! Beliau adalah anak Malaysia!

b. Sen Ze juga anak Malaysia telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM1.36 juta! dari eBook yang dijualnya dalam bentuk Microsoft Word. Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan menjual eBooknya dengan harga RM367 (USD97)!.

c. Patric Chan yang juga anak Malaysia telah menceburkan diri dalam perniagaan internet. Beliau telah menjual eBook dengan harga RM178.60(USD47) kepada seluruh negara. eBook beliau mendapat sambutan diluar jangkaan!

d. Yusuf Othman telah mengarang eBook dalam format Microsoft Word mengenai cara memasang komponen komputer. Beliau menjualnya dengan harga USD40. eBook beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari USA, UK, India, Australia dan lain-lain negara lagi!

Keempat-empat kisah diatas merupakan kejayaan anak Malaysia di dalam perniagaan internet. Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda menjadi sebahagian daripada mereka. Mungkin anda akan menjadi jutawan siber yang baru!

Jadi jikalau anda betul-betul berminat untuk menjadi salah seorang daripada mereka apa lagi mulakan dan tanam azam yg kukuh.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa...kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba..saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut.

Bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan perniagaan Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu diri anda adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook berkenaan perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri seminar?(saya sendiri belum pernah menghadiri mana-mana seminar haha) dan pelbagai jenis soalan lagi anda perlu tanya diri anda. Jika nampak sudah ok maka mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam sesetengah orang yang sudah membaca berpuluh-puluh ebook tetapi masih lagi tidak mengambil langkah
pertama. "Just Do It"

Bak kata Mat Biz:

"Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pertama"

Nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan mencorakkan kewangan peribadi anda nanti ;) Ramai orang yang pening nak berniaga apa di Internet ni... Nak berniaga apa yer? Kaftan Team FlareBiz dah buat...Nak jual tudung orang dah buat... apa yer orang masih tak buat? Jika itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat dengan persaingan sihat ni? Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga? Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak perlu betentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap mengeluarkan ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook adsense dah berlambak
kat Internet.

Mat Biz kata "Ramai orang yang mempunyai banyak idea yang hebat tanpa tetapi tidak bertindak dan ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus dan tindakan yang sepatutnya anda tidak akan berjaya" (Pergh! Mat Biz nak jadi orang falsafah ni)

Idea... Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan cari apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah saya bagi anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk tersebut secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk hosting + domain. Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda jual minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal,motor dan sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh buat blog untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar tiub tersebut dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak langsung anda boleh mendapatkan duit daripada program Google AdSense. Cara lain ialah anda mungkin boleh buat video menukar tiub tersebut dan jual video tersebut melalui Internet! Jaga pemasaran Insyallah laku macam goreng pisang panas!


jadi langkah permulaan bg anda yg mahu ceburi bidang ini ialah ikut langkah2 yg sy bagi tadi dan kaji perniagaan apa yg anda ingin buat dan seronok untuk melakukannya...ok

Sesiapa berminat bolehlah Subscribe blog ini k (^_^)


No comments: